Saturday, July 18, 2009

Resepi Ayam Golek

Bahan:

1 ekor ayam
1 kg santan
1 sudu makan cili kering (dikisar)
5 ulas bawang merah
Halia
Belacan


Cara Penyediaan

Ayam dipotong kepada 12 ketul.
Kisar bawag, halia dan belacan hingga lumat dan campurkan dengan santan kemudian dijerang di atas api yang sederhana hingga mendidih.
Masukkan ayam dan biarkan ia empuk.
Keluarkan ayam dan tinggalkan kuahnya di dalam periuk.
Masak kuah itu hingga pecah minyak.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Panggangkan sebentar daging ayam di atas bara api.
Letakkan ke dalam pinggan dan tuangkan kuahnya tadi.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:


300.gm kacang tanah – goreng tanpa minyak hingga garing

2.5 cm halia

Seulas lengkuas3 sudu makan cili kisar

2 serai1 cawan gula1 bawang besar

½ cawan air asam jawa

Garam secukup rasa




Cara Penyediaan:


1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan.


2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus.


3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu.


4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang.


5. Masukkan air asam jawa, kacang, gila dan garam. Renehkan sehingga kuah pekat.

Resepi Satay Kajang

Bahan-bahan:


1.5 kg ayam — buang tulangnya

1 sudu teh jintan putih

½ sudu teh serbuk kayu manis

8 bawang merah (bawang kecil) – potong dadu

1 sudu teh ketumbar

2.5 cm kunyit hidup

1 sudu teh gula

1 serai

2 sudu makan kacang tanah – bakar tanpa minyak

Garam secukup rasa

2 sudu makan minyak masak




Cara Penyediaan:


1. Potong kiub daging ayam. Tos dan ketepikan.


2. Kisar/tumbuk ketumbar, jintan putih, kunyit, kacang, garam dan gula. Gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk dengan serbuk kayu manis, bawang merah dan 1 sudu minyak masak. Lumur ayam dengan adunan ini dan perap selama beberapa jam atau semalaman.


3. Cucuk 5 ketul daging ayam dengan lidi satay. Buat hingga habis.4. Masak satay di atas bara arang. Balik-balikkan hingga masak sambil di percik minyak masak dengan serai yang telah diketuk. Gunakan kipas tangan untuk mengawal bara arang.

Resepi Ayam BBQ

Bahan untuk dikisar: 5 batang serai 4 inchi halia 10 ulas bawang putih 2 inchi kunyit hidup


bahan A:

1 - 2 cawan gula merah (ditapis supaya tiada pasir/ketulan kasar)
garam secukup rasa
2 ekor ayam dipotong-potong dan dihiris pada bahagian isi supaya ramuan mudah meresap dalam bekas yang agak besar.


Gaul ayam dengan semua ramuan. Tutup dengan 'cling film' dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam (paling elok semalaman). Selepas itu, ayam boleh dipanggang dalam oven suhu 150darjah selama 2 jam atau dipanggang atas bara sehingga masak.

Monday, July 6, 2009

Sukan


























































Pasti

Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
Kau lakukan untukku

Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu

Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Mengimbas keangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu

Bila Bulan Berwarna Biru





Malam bulan berendang, Berwarna biru di cermin kali,


Mata air memancar, Mengilap mata yang lama kabur



Derita perlakukan Gerlapan malam, Di kaki gunung Bertudung kabus


Syahdu lagu berdendang, Melamar kasih sayup membisik


Membelai sukmaku, Berkurun rindu lagak pendita



Berkilau sinar, Maya yang mendera


Membakar bahu musafir, Di lembah duka nestapa



Kini kasih kembali Sekilas mentari, Sepi di ranting yang amat tinggi


Sekadar menemani Jiwa tersadai, Di belantara sepi



Merayu pada yang maha esa, Agar dikurnia cahaya


Cinta kekal selama




Berkilau sinar, Maya yang mendera
Membakar bahu musafir, Di lembah duka nestapa



Kini kasih kembali Sekilas mentari, Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani Jiwa tersadai, Di belantara sepi



Merayu pada yang maha esa, Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama






Kini kasih kembali Sekilas mentari, Sepi di ranting yang amat tinggi


Sekadar menemani Jiwa tersadai, Di belantara sepi




Kini kasih kembali Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi


Ku sepi




Saya Anak Malaysia


1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
NEGERI SEMBILAN



Selepas itu aku dibesarkan
Di NEGERI KELANTAN
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh



Saya Anak Malaysia (4X)


Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi MALAYSIA dekat di hati


Saya Anak Malaysia (4X)


Sampai masa aku pun balik
Tapi makweku nampak pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa


Saya Anak Malaysia (4X)


Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku


Saya Anak Malaysia (4X)